Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukar banteras judi Piala Dunia

judibola

KUALA LUMPUR: Kegiatan pertaruhan dalam talian menggunakan telefon pintar merupakan trend terkini yang digunakan oleh sindiket judi menjelang perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 yang hari ini.

Fenomena itu dikhuatiri akan lebih menyukarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan sekali gus membanteras kegiatan tersebut dan jika mereka ditangkap sekalipun pendakwaan di mahkamah mungkin gagal berikutan tiada bukti kukuh.

Ini kerana pada musim Piala Dunia 2010 yang ketika itu penggunaan telefon pintar masih belum popular, pihak polis menghadapi masalah apabila seramai 143 individu yang ditahan dalam 217 serbuan membabitkan nilai pertaruhan seba-nyak RM437.9 juta gagal didakwa di mahkamah.

Ketua Penolong Pe-ngarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik yang mengakui perkara itu berkata, kegiatan pertaruhan haram menggunakan telefon bimbit sukar dikesan dan dibanteras kerana kegiatan tersebut boleh dilakukan di mana-mana lokasi termasuk dalam kenderaan.

“Jika sebelum ini sindiket menggunakan komputer untuk menjalankan pertaruhan haram, kini majoriti sindiket terlibat menggunakan telefon pintar. Melalui cara ini, kegiatan mereka susah dikesan dan akan menyukarkan pembuktian di mahkamah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mengenai kegagalan pendakwaan seramai 143 individu yang terlibat pertaruhan ha-ram pada perlawanan Piala Dunia 2010, Roslee menjelaskan, mereka tidak dituduh di mahkamah kerana tiada bukti yang kukuh berikutan kegiatan itu menjadi jenayah rentas sempadan yang melibatkan jaringan laman web luar negara sehingga menyukarkan pihak polis mendapatkan keterangan.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan dalam nilai pertaruhan kerana penggunaan telefon pintar memudahkan orang ramai terlibat dengan perjudian dalam talian,” ujarnya.

Bagaimanapun tambah Roslee, PDRM tidak pernah mengalah dan satu pasukan pemantau khas turut ditubuhkan bagi meningkatkan lagi usaha untuk membanteras kegiatan perjudian dalam talian sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2014.

“kita akan melakukan risikan dan siasatan terutamanya di tempat tumpuan orang ramai di seluruh negara seperti kedai mamak, kedai makan yang memasang skrin besar untuk pelanggan menonton perlawanan ini bagi mengenal pasti sindiket tertentu yang menganjurkan pertaruhan secara dalam talian.

“Sehubungan itu, kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis supaya kegiatan haram itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Roslee memberitahu, pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang diwartakan pada 1 April lalu dan telah berkuatkuasa pada 2 April lalu diharap dapat membantu pihaknya untuk mencegah dan memerangi jenayah terutama melibatkan perjudian dan pertaruhan haram dengan lebih berkesan.

“Individu yang ditahan atas kesa-lahan berjudi akan disiasat mengikut POCA dan melalui pindaan ini kita harap mereka tidak akan terlepas,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan