Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan sebagai landasan memupuk perpaduan

9:07am 02/09/2016 Leolerry Lajius 93 views Sandakan,Tempatan

SANDAKAN: Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya ia juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat.

 

Ketua Puteri UMNO bahagian Batu Sapi, Hazulizah Md Dani berkata menerusi sukan, semua rakyat dapat bersatu dan berinteraksi tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan.

 

Katanya, aktiviti sukan sangat bermakna bukan hanya sebagai usaha melahirkan masyarakat yang sihat malah menjadi medan membentuk jati diri, disiplin, semangat bekerjasama dalam satu bumbung selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan para pemain tersebut.

 

“Pelajar tidak seharusnya mengabaikan kegiatan sukan ketika di bangku sekolah kerana penyertaan dalam bidang berkenaan boleh membantu meningkatkan mutu sukan negara.

 

“Dengan bersukan, ia juga memberikan impak yang berguna kepada kesihatan badan dan mental, “ katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap Program Membara Pertandingan Bowling Tertutup Merdeka bersama Beliawanis dengan Kerjasama SRCC Parlimen Batu Sapi di Champs Sandakan.

 

Majlis perasmina dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi, Hussin Nasin mewakili Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya.

 

Turut hadir sama wakil SRCC Parlimen Batu Sapi, Azmi Jamal yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi serta 17 pasukan terdiri 53 ketua-ketua Puteri UMNO cawangan Batu Sapi.

 

Hazulizah berkata kecergasan menerusi bersukan juga dapat melahirkan generasi yang berdisiplin dan semangat bekerja secara berpasukan.

 

“Kegiatan sukan turut membantu usaha kita memerangi gejala sosial yang membimbangkan yang menular di kalangan generasi muda,”  ujarnya.

 

Jelas beliau bidang sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.

 

“Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di daerah ini,”katanya.

 

Dalam perlawanan boling tersebut, juara keseluruhan Kumpulan Sarjan Hassan membawa balik barangan hamper dan wang tunai RM600, naib juara Kumpulan Bersatu Padu menerima wang tunai RM300 dan hamper, tempat ketiga Kumpulan Sehati Sejiwa menerima RM150.

 

Tempat keempat Kumpulan Tun Teja menerima RM100 dan saguhati Kumpulan Tun Abdul Razak. Juara pungutan pin tertinggi keseluruhan Diana Nasire menerima RM300./SayangSabah

Kenangan....17 pasukan merakamkan gambar kenangan selepas Program Membara Pertandingan Bowling Tertutup Merdeka bersama Beliawanis dengan Kerjasama SRCC Parlimen Batu Sapi di Champs Sandakan.

Kenangan….17 pasukan merakamkan gambar kenangan selepas Program Membara Pertandingan Bowling Tertutup Merdeka bersama Beliawanis dengan Kerjasama SRCC Parlimen Batu Sapi di Champs Sandakan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan