Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan platform terbaik melahirkan murid yang cergas

Kenangan…Samsudin Yahya bergambar kenangan dengan pasukan Rumah Kuning.

SANDAKAN: Sukan merupakan platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas dari sudut fizikal dan mental, seterusnya dapat membentuk murid-murid yang berhemah dan berkualiti serta mempunyai minda kelas pertama.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata melalui aktiviti sukan di samping untuk kesihatan ia turut memainkan peranan untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

 

“Saya menyarankan kepada ibu bapa agar dapat memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum,” katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kg. Baru 2017 Zon Kepulauan Sekong, Sandakan semalam.

 

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi turut menyatakan, pelajar perlu menjadi fokus aspirasi dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan berkemahiran tinggi.

 

Jelasnya ia penting bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran menyeluruh dalam sistem pendidikan.

 

“Peranan warga pendidik amat penting dalam memastikan kejayaan transformasi membentuk generasi membangunkan negara menjelang tahun 2050,” katanya.

 

Dalam majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan dua buah set kelengkapan Komputer melalui peruntukan Adun, bagi keperluan Sekolah Kebangsaan Kg. Baru, Zon Kepulauan Sekong.

 

Terdahalu, beliau berkesempatan meninjau, Projek Dewan Serbaguna tersebut yang kini dalam pembinaan di Kampung Baharu, Sandakan serta meninjau perkembangan pembinaan Masjid Baharu, yang dijangka siap dalam masa yang terdekat, di Kampung Tronglit Zon Kepulauan Sekong.

 

Hadir sama Guru Besar SK Kampung Baru, Manohar Mad Harun, Penolong Kanan Kokum, Suhailie Pani, Naib Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Khatijah Ebrahim serta kakitangan Unit PPM Dun sekong./SayangSabah

Sumbangan….Samsudin menyampaikan menyampaikan sumbangan dua buah set kelengkapan Komputer melalui peruntukan Adun kepada SK Kampung Baru, Sandakan.

 

Komen


Berita Berkaitan