Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan perahu layar bantu didik anak-anak jaga alam sekitar

Presiden Persatuan Perahu Layar Sabah (SYCA), Christopher Chin
Presiden Persatuan Perahu Layar Sabah (SYCA), Christopher Chin

KOTA KINABALU- Kejohanan sukan perahu layar membantu mendidik kanak-kanak yang menyertainya agar peka akan kebersihan alam sekitar.

Presiden Persatuan Perahu Layar Sabah (SYCA), Christopher Chin berkata, beliau amat menggalakkan penyertaan kanak-kanak untuk menyertai sukan perahu layar bagi memberi peluang kepada mereka menikmati keindahan alam sekitar dan keindahannya.

“Semasa mereka belayar pelbagai aspek dapat dipelajari, antaranya menghargai dan memahami kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut Ke-5, di bangunan Navy Yacht Club, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Menurutnya, semasa belayar peserta akan menyaksikan sendiri pembuangan sampah ke dalam laut yang boleh mencemarkan keindahan alam.

Beliau menambah, melalui situasi itu mereka akan menyedari bahawa pembuangan sampah merata tempat boleh mendatangkan keburukan kepada hidupan marin.

“Banyak benda yang peserta boleh nampak ketika berlayar kadang-kadang mereka menjumpai penyu mati bersama plastik tersisip di mulutnya dan hal ini akan mengajar mereka untuk lebih prihatin,” ujarnya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan