Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan Para ASEAN: Jumpa Lagi Di KL 2017

2:22pm 10/12/2015 Pak Roshan 17 views Mutakhir,Sukan

para-games

SINGAPURA – Misi penting merampas kembali juara keseluruhan Sukan Para ASEAN (APG) selepas 16 tahun terarah ke Malaysia, tuan rumah edisi 2017, sebaik obor kejohanan 2015 di Marina Bay Sands dipadamkan.
Upacara penutup pada Rabu malam yang menyaingi kemeriahan majlis pembukaan temasya ini, dilakukan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong setelah negaranya menganjurkan sukan ini untuk kali pertama.
Detik penting untuk atlet ini pastinya ketika diarak masuk ke dewan mengikut negara, sama seperti sewaktu upacara pembukaan, dengan memakai pakaian sukan serta mengibarkan bendera kecil negara masing-masing.
Ketika tirai temasya tersebut dilabuhkan di sini, tumpuan kini mula beralih kepada Malaysia yang akan menganjurkan edisi seterusnya dilangsungkan selepas menjadi tuan rumah dwitahunan, Sukan SEA 2017.
Ia juga menjadikan Malaysia sebagai negara yang paling banyak menganjurkan APG selepas menjadi tuan rumah edisi pertama pada 2001 diikuti 2009 selepas tuan rumah Sukan SEA 2009, Laos menarik diri.
Negara Indo-China itu terpaksa berbuat demikian akibat masalah kewangan serta kurang pengalaman dalam menyediakan kemudahan sukan yang mesra untuk golongan orang kelainan upaya.
Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Grace Fu menyerahkan bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) kepada Presiden APSF, Datuk Zainal Abu Zahrin.
Ia kemudian memberikannya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk M. Saravanan sebagai mewakili menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
sukan
Bendera Jalur Gemilang kemudian dinaikkan diiringi lagu kebangsaanNegaraku. Seramai 3,000 atlet dari 10 negara ASEAN mengambil bahagian dalam 15 acara sukan untuk APG tahun ini.
Saravanan kemudian menyerahkan ‘Rimau’, patung harimau Malaya, sebagai simbul semangat juang atlet kepada Grace, diikuti persembahan kebudayaan dari Malaysia.
Sukan SEA 2017 dan APG di Kuala Lumpur sangat istimewa kerana ia kebetulan bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60.
Majlis malam Rabu ini juga menandakan tamatnya tempoh Zainal sebagai Presiden APSF selepas memutuskan untuk mengundurkan diri sesudah 15 tahun memegang jawatan itu.
Kontinjen Malaysia seramai 316 orang merangkumi 197 atlet dan 119 pegawai menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan mengutip 52 pingat emas, 58 perak dan 37 gangsa. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan