Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan Muhibah JKM satu kejayaan

KOTA KINABALU: Sumbangan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri dan RM5,000 dari setiap pasukan untuk membiayai kos pengelolaan Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) tahun 2015 mendorong kejayaan pelaksanaan kejohanan ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan kejohanan tersebut.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, kejohanan pada tahun ini telah dibuat sedikit kelainan bagi memberi peluang kepada peserta yang tidak berminat dengan acara sukan untuk turut serta dalam kejohanan tersebut.

Pada tahun ini kita juga akan mengadakan pertandingan persembahan kontinjen bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berminat dengan acara sukan untuk membuat persembahan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Pesta Sukan Muhibah JKM di Padang Merdeka yang turut menyambut hari lahir beliau semalam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Abidin memotong kek sempena hari lahirnya.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Abidin bersama para jemputan sempena hari lahirnya.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Komen


Berita Berkaitan