Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan menembak mampu menjadi platform lahirkan atlet dari Sabah

Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Liau Fui Fui (dua dari kiri) mengendalikan senjata api kecil ketika menyertai pertandingan menembak terbuka yang dianjurkan pada Ujian Kemahiran Menembak (UKM) IPSC Level 2 Sabah Open 2018 di Lapang Sasar Persatuan Menembak Sabah, Lok Kawi, Penampang. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Penganjuran sukan menembak di Sabah mampu menjadi platform melahirkan pelapis dalam sukan berkenaan untuk mewakili negeri.

Menteri Belia dan Sukan Poon Ming Fung berkata, dengan adanya aktiviti seumpama itu dapat memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran pengendalian senjata dalam sukan menembak.

“Saya difahamkan sukan ini masih baharu lagi di Sabah.

“Dengan acara sebegini dan pendedahan terhadap sukan ini, saya jamin suatu hari nanti kita bakal mempunyai pelapis yang hebat seterusnya mewakili Sabah mahupun Malaysia dalam sukan menembak International Practical Shooting Confederation (IPSC) ini,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Liau Fui Fui (tengah) menyampaikan pingat dan wang tunai kepada pemenang dalam Ujian Kemahiran Menembak (UKM) IPSC Level 2 Sabah Open 2018 di Lapang Sasar Persatuan Menembak Sabah, Lok Kawi, Penampang. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) IPSC Level Dua Sabah Open 2018 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Liau Fui Fui.

Sementara itu, Poon Ming berkata, sukan menembak IPSC juga sangat sesuai bagi pasukan keselamatan yang mana kemahiran yang diterapkan bersesuaian dengan tugas mereka.

Peserta sukan menembak IPSC bergambar beramai bersama jemputan kenamaan sebaik selesai menjalani Ujian Kemahiran Menembak (UKM) IPSC Level 2 Sabah Open 2018 di Lapang Sasar Persatuan Menembak Sabah, Lok Kawi, Penampang. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

“Sebagai contoh kemahiran pengendalian senjata secara selamat dan cekap, ketepatan menembak sasaran dalam pelbagai keadaan dan situasi mahupun melatih daya pemikiran dan bertindak pantas dalam sesuatu situasi.

Aksi sukan menembak IPSC pada Ujian Kemahiran Menembak (UKM) IPSC Level 2 Sabah Open 2018 di Lapang Sasar Persatuan Menembak Sabah, Lok Kawi, Penampang. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

“Selain itu, ia juga meningkatkan tahap keyakinan diri para peserta UKM IPSC,” jelasnya.

Tambahnya, UKM IPSC berkenaan disertai seramai 175 peserta yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penjara dan beberapa persatuan menembak seluruh negara.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah Tan Sri TC Goh dan Presiden SPSA Simon Lu Soo Yuen.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan