Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan medium terbaik untuk menerapkan semangat 1Malaysia

3:22pm 14/11/2016 Leolerry Lajius 3 views Sukan
 PESERTA...Antara kontenjen Zon 1 yang menyertai kejohanan tersebut.

PESERTA…Antara kontenjen Zon 1 yang menyertai kejohanan tersebut.

TENOM: Kegiatan sukan  merupakan salah satu kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat dan pada masa yang sama menjadi medium terbaik untuk menerapkan semangat 1Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, aktiviti sukan dan riadah merupakan pendekatan terbaik bagi golongan muda terutamanya pelajar sekolah untuk merapatkan hubungan sesama mereka tanpa mengira warna kulit dan agama.

Menurutnya, apabila bersukan atau beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai kaum atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan bagi mencapai kejayaan.

“Ketika beriadah atau bersukan, kita dapat memupuk semangat perpaduan dan pada masa sama dapat membentuk semangat kerjasama yang tinggi dalam satu pasukan.

“Semangat itu merupakan asas utama kepada pembinaan gagasan 1Malaysia. Sekiranya kita boleh bekerja sebagai satu pasukan ketika bersukan, maka tidak mustahil kita mampu menerapkan nilai yang sama dalam kehidupan seharian,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan dan Balapan Sekolah Sekolah Zon 1 Tenom di Kompleks Sukan Tenom bar-baru ini.

Sebanyak  tujuan buah sekolah terlibat dalam kejohanan kali ini iaitu SK Mantailang (tuan rumah) Sjk  Chung Hwa,Sk Pangi, Sk Saint Antony, Sjkc Kong Min Sk Kalang Kanar dan Sk Pekan Tenom.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, penerapan semangat 1Malaysia bukan sahaja boleh dilakukan melalui platform politik sebaliknya bidang sukan juga mampu menjadi landasan terbaik menyemai dan mengukuhkan semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

Tambah  Jamawi Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.
“ Sukan adalah ‘penjana’ dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia” katanya./SayangSabah

  TAHNIAH...Jamawi menyampaikan hamper kepada ketua Kontenjen dari salah sekolah yang menyertai kejohanan tersebut.

TAHNIAH…Jamawi menyampaikan hamper kepada ketua Kontenjen dari salah sekolah yang menyertai kejohanan tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan