Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan lasak aktiviti baru bidang pelancongan: Salleh

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Seri Panglima Dr.Mohd Salleh Tun Said  Datuk berkata, industri pelancongan dan aktiviti sukan lasak di negara ini berpotensi dimajukan sekiranya sumber alam semula jadi yang ada dimanfaatkan secara optimum.
 
Menurut Beliau, sumber alam semulajadi kini bukan sahaja boleh dinikmati oleh penduduk tempatan tetapi ia sebagai satu sumber yang boleh dimajukan untuk pelbagai sektor seperti pelancongan, sukan dan rekreasi.
 
Beliau berkata, keindahan alam semula jadi seperti sungai, jeram,  bikt,gunung dan kehijauan persekitaran di negara ini mampu menarik pelancong asing.
 
”Sebenarnya di negara kita termasuklah di daerah ini kita mempunyai potensi dan keindahan alam yang luar biasa dan ia menjadi aset, sebagai daya tarikan pelancong,” katanya.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian semasa merasmikan Larian Bukit Bongol serentak dengan perasmian Kelab Pendaki Bukit Pirasan (KPBP) anjuran persatuan tersebut di kampung Pirasan dekat sini baru baru ini. 
 
“ Saya menyarankan agar program Larian Bukit kampung Pirasan (bukit Bongol) dijadikan produk pelancongan sukan dimana melalui acara ini budaya masyarakat dan keindahan alam sekitar serta lokasi tarikan pelancong dapat diperkenalkan kepada orang ramai dengan lebih dekat,”katanya. 
  
Beliau yakin dan percaya selepas pelancaran  Kelab Pendaki Bukit Pirasan (KPBP), acara tersebut akan  dapat dianjurkan dalam skala yang lebih besar melibatkan penyertaan bukan sahaja peserta dari daerah ini, malah peserta dari lain-lain daerah termasuk dari luar negara. 
 
Kira-kira 200 peserta teridri dari dua ketegori iaitu lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam larian yang membabitkan jarak sejauh antara  lima  kilometer mendekai bukit Bongol yang sudah mula dikenali oleh masyarakat di kampung itu dari masyarakat dari luar sebagai kawasan riadah bagi aktiviti mendaki bukit. /SayangSabah
TAHNIAH…Salleh ketika menyampaikan hadiah kepada johan dalam ketegori lelaki pertandingan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan