Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan GEMAPUTERA mampu meningkatkan keutuhan perpaduan national

5:08pm 23/03/2016 Leolerry Lajius 33 views Sukan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Tawfiq (tengah) menyampaikan cenderahati kepada salah satu pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq (tengah) ketika beramah-mesra dan menyampaikan cenderahati kepada salah satu pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Penganjuran sukan Gabungan Agensi-agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-perusahaan Awam Malaysia (GEMAPUTERA) yang diadakan sekali dalam dua tahun menjadi satu platform bertukaran budaya yang mampu meningkatkan keutuhan perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat amnya dan dalam kalangan peserta khususnya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Bin Hj. Abu Bakar Titingan, penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim masyarakat dengan aktiviti sukan atau riadah tetapi juga dapat menerapkan amalan gaya hidup sihat.

“Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat menerapkan budaya hidup sihat malah merupakan satu platform terbaik untuk saling berkongsi kebudayaan masing-masing yang secara tidak langsung mampu meningkatkan keutuhan perpaduan national.”

“Saya juga berharap agar lebih ramai bakat-bakat baru yang dapat dicungkil melalui penganjuran sukan seumpama ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan GEMAPUTERA kali ke-14 di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Kumpulan SEDCO merangkap Pengerusi Kejohanan Tuan Hj. Pangiran Saifudin Pangiran Tahir, sejak diperkenalkan pada tahun 1985 kejohanan ini mempunyai prestij yang tersendiri dan tradisi kegemilangan yang boleh dibanggakan.

“Untuk kejohanan kali ini, lebih 900 atlet dan pegawai mewakili 14 agensi GEMAPUTERA berkampung di Kota Kinabalu mulai hari ini hingga 26 Mac nanti untuk bersaing dalam tujuh acara sukan yang kita pertandingkan.”

“Marilah kita jadikan kejohanan ini sebagai ruang untuk berinteraksi kerana di sebalik persaingan di gelanggang, matlamat utama kita adalah untuk menjadikan kejohanan ini sebagai ruang untuk kita mengeratkan silaturahim,” katanya.

Penganjuran kejohanan itu akan berlangsung bermula pada hari ini sehingga 28 Mac dan SEDCO dipilih sekali lagi sebagai pengajur selepas menjadi penganjur kejohanan itu bagi edisi ke-9 pada tahun 2002.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tawfiq (tengah) ketika melancarkan gimik perasmian kejohanan Sukan GEMAPUTERA.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq (tengah) ketika melancarkan gimik perasmian kejohanan Sukan GEMAPUTERA.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan