Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan gabungan seni bela diri semakin popular di Sabah

7:32am 04/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 151 views Kota Kinabalu,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan
Mohd.Bahrin (kanan) menerima cenderamata berupa baju kemeja STAND daripada Rayner Kinsiong sambil diperhatikan oleh pengurus pasukan dan peserta kejohanan.

Mohd.Bahrin (kanan) menerima cenderamata berupa baju kemeja STAND daripada Rayner Kinsiong sambil diperhatikan oleh pengurus pasukan dan peserta kejohanan.

KOTA KINABALU: Sukan jenis gabungan seni mempertahankan diri (kickboxing (K1) & boxing) semakin popular dan menjadi pilihan golongan muda di Sabah, kata Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim.

Katanya, banyak kejohanan telah dianjurkan oleh pelbagai kelab bagi mengetengahkan bakat-bakat tempatan negeri ini, termasuk berjaya menarik penyertaan daripada peserta luar negara.

“Saya melihat sukan jenis K1 & Boxing merupakan platform terbaik bagi menyatukan golongan muda pelbagai kaum di negeri ini.

“Semangat kesukanan, persefahaman dan perpaduan dapat dipupuk dikalangan peserta dan pasukan yang mengambil bahagian kerana ia merupakan sukan lasak yang dapat mencungkil bakat tempatan untuk diketengahkan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan STAND Amateur K1 & Boxing di Taman Awam Tanjung Lipat, Likas di sini, kelmarin

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Karabaw Martial Arts & Fitness Centre disertai kira-kira 100 peserta termasuk dari India, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Mohd.Bahrin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, kejohanan itu dilaksanakan dengan dana yang amat terhad.

Katanya, kejohanan sukan itu yang merupakan aktiviti berfaedah untuk golongan muda seharusnya mendapat sokongan dan dokongan daripada pihak kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan dan juga negeri.

Katanya, kejohanan yang dianjurkan oleh kelab-kelab persendirian telah berjaya mengetengahkan bakat-bakat baru di negeri ini yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Mohd.Bahrin berkata, walaupun sukan jenis gabungan seni mempertahankan diri masih baru di Malaysia terutama di Sabah, ia berjaya berkembang dengan pentas dan  semakin digemari oleh golongan muda.

“Saya akan membawa cadangan mengadakan kejohanan K1 & Boxing akan datang kepada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan agar kerajaan dapat memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya terhadap penganjuran kejohanan berkenaan di masa akan datang”, tegasnya.

Beliau memuji usaha dan inisiatif Karabaw menganjurkan kejohanan kali ini yang telah berjaya menarik penyertaan peserta dari luar negara.

Sementara itu, pemilik Team Karabaw Encik Rayner Kinsiong berkata, kekurangan dana dan sokongan daripada pihak berwajib menjadi kekangan kepada pihaknya untuk menganjurkan kejohanan yang lebih besar. -SayangSabah

Mohd.Bahrin (bertopi) bersalam dengan peserta kejohanan di majlis itu.

Mohd.Bahrin (lapan kiri) bersalam dengan peserta kejohanan di majlis itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan