Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan Bogel di Pulau Pinang

sukan bogel di pp

PULAU PINANG: Satu rakaman video bogel membabitkan sekumpulan 18 orang dalam satu permainan bogel ” Malaysia  Nude Sports Games 2104″ tersebar di beberapa blog dan laman sosial.

Aksinya dikatakan dirakamkan di Pantai Kerachut, Pulau Pinang,  dua bulan lalu.

Rakaman berdurasi 5 minit 25 saat  membabitkan peserta warga tempatan dan luar negara.

Difahamkan, resort tersebut kini telah ditinggalkan oleh pemiliknya.

Video itu memaparkan aksi sebelas orang iaitu lapan lelaki dan tiga wanita tidak berpakaian melakukan aktiviti di tepi pantai.

Permainannya dimulakan dengan aksi menconteng badan peserta menggunakan pelbagai warna dan kemudian diikuti aktiviti memanas badan oleh kumpulan terbabit dan kemudian diikuti dengan beberapa aksi lain hingga ke waktu malam.

Persoalannya bagaimana insiden ini boleh berlaku di negara ini kerana ia bercanggah dengan nilai etika dan budaya tempatan.

Komen


Berita Berkaitan