Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan bogel: 5 direman, seorang lagi serah diri

sukan bogel

PULAU PINANG – Dua penganjur pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang di sini pada penghujung Mei lalu dan tiga lagi rakan mereka ditahan reman selama tiga hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kedua-dua penganjur itu, Albert Yam, 40-an, yang merupakan warga Singapura dan seorang wanita tempatan, Chew Tok Hwa, 57, serta tiga lagi warga tempatan termasuk seorang wanita menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Barat Daya di sini bermula pukul 10.30 pagi hingga 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin berkata, kesemua mereka yang berusia antara 24 dan 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown di sini pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan seseorang dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, seorang lagi peserta wanita pesta sukan bogel ditahan kira-kira pukul 5.30 petang ini. Wanita itu yang dikenali sebagai Janice ditahan ketika menyerah diri di IPD Barat Daya.

Dengan penahanan terbaharu itu, sebanyak lapan individu yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel tersebut berjaya ditahan setakat ini manakala tujuh lagi masih diburu.

Dalam perkembangan berkaitan, Albert dilaporkan menulis surat memohon maaf kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan pesta tersebut yang menimbulkan kontroversi di negara ini.

Menerusi surat itu yang diemelkan kepada akhbar Cina, Albert turut berjanji tidak akan mengulangi penganjuran program serupa.

“Kami sangat menghormati undang-undang Malaysia,” katanya di dalam surat itu yang turut ditandatangani peserta-peserta pesta sukan bogel tersebut.

Komen


Berita Berkaitan