Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan beri impak positif kepada masa depan pelajar

8:07am 03/11/2016 Leolerry Lajius 60 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Sukan,Tempatan
Pasukan Rumah Hijau yang menjadi juara keseluruhan sempena kejohanan berkenaan.

Pasukan Rumah Hijau yang menjadi juara keseluruhan sempena kejohanan berkenaan.

KOTA KINABALU: Bidang sukan yang semakin mendapat tempat di hati generasi muda dilihat mampu memberikan impak positif dan mampu menjamin masa depan sekiranya dimanfaatkan dengan baik.

Setiuasaha Politik di Kementerian Kewangan, Mohd Joh Wid berkata bidang sukan mempunyai banyak peluang dan ruang yang boleh digunakan oleh generasi muda untuk memajukan diri kerana mempunyai pasaran kerjaya yang luas.

“Masyarakat tidak seharusnya memandang bidang sukan dari satu sudut sahaja. Pandangan tersebut wajar diperluas kepada semua sudut yang melibatkan bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Kebagu Kota Kinabalu di Stadium Universiti Malaysia Sabah kelmarin.

Merasmi...Mohd Joh melepaskan tembakan tanda perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Kebagu Kota Kinabalu di Stadium Universiti Malaysia Sabah.

Merasmi…Mohd Joh melepaskan tembakan tanda perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Kebagu Kota Kinabalu di Stadium Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Joh yang juga Setiausaha bahagian UMNO Sepanggar berkata, bidang sukan mempunyai skop yang luas dan pelbagai peluang boleh dijadikan sebagai platfrom untuk mencapai kejayaan.

“Apa yang penting kita menggunakan segala daya kreatif, azam dan kebijaksanaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada sebagai landasan mencapai kejayaan.”

“Sukan merupakan landasan pembentukan sahsiah bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah ke arah mencapai keseimbangan bidang akademik dan kokurikulum,”katanya.

Tegasnya kerajaan kini semakin serius membangunkan industri sukan negara sama ada dari aspek pembangunan atlet atau infrastruktur dan kemudahan sukan.

Jelas dalam pembentangan Bajet 2017 pada bulan Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan sektor sukan terus mendapat perhatian kerajaan dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi tujuan pembangunan sukan negara tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat berkata peruntukan itu termasuk RM450 juta yang dikhususkan bagi penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan, sebagai tuan rumah.

Selain itu, sebanyak RM70 juta turut diperuntuk bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke pertandingan antarabangsa.

“Saya juga menyeru para pelajar dan guru agar mengenal pasti bakat dan potensi pelajar supaya bakat tersebut tidak tercicir dari peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk digilap menjadi ‘hero’ sekaligus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

 

“Saya juga mengambil kesempatan merakamkan tahniah dan turut merasa bangga dengan kejayaan atlet-atlet negara, saya amat bangga atas pencapaian kontinjen Paralimpik dan Olimpik. Pertama kali lagu Negaraku berkumandang di Rio de Janeiro, Brazil (menerusi kejayaan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa).”

 

Beliau turut berharap agar pelajar yang berpotensi dalam apa jua bidang di sekolah berkenaan dapat mencungkil bakat dan kemampuan sebenar mereka, sama ada dalam bidang akademik atau kegiatan luar seperti sukan kerana keseimbangan akademik dan ko kurikulum sangat penting bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti./SayangSabah

 

Bersama guru-guru SK Kebagu.

Bersama guru-guru SK Kebagu.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan