Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,177

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukan bentuk pelajar berkemahiran- Omar

3:44pm 03/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 18 views Beaufort,Sukan,Tempatan
TAHNIAH ...Omar ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru sempena majlis tersebut

TAHNIAH …Omar menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru sempena majlis tersebut.

BEAUFORT- Kegiatan sukan di kalangan pelajar sangat penting untuk membentuk pelbagai kemahiran antaranya semangat berpasukan, komunikasi dan kerjasama dalam sesuatu perkara yang disertai.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort, Omar Sharon Haji Osin berkata eleman tersebut penting dalam jiwa seorang pelajar jika mereka ingin mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum.

Menurut beliau, penglibatan pelajar juga memerlukan sokongan semua pihak terutama ibu bapa dan guru  dimana kegiatan sukan selain memberikan kecergesan kepada tubuhan badan ianya juga boleh membentuk keperibadian para pelajar

“Kegiatan seperti ini memerlukan komitmen dan rasa komited guru serta pelajar dan sokongan ibu bapa bagi menjayakannya.

“Malah saya berbangga kerana pihak sekolah juga sentiasa mengutamakan pencapaian sukan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang aktif dan cergas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  berucap merasmikan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan  SK Klias Baru kali ke 28 di Kompleks Sukan Daerah Beaufort, disini, kelmarin

Omar berkata pada masa yang sama,sukan juga mampu membentuk pelajar yang mempunyai jatidiri dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam sesuatu bidang.

Menurutnya, pelajar juga perlu digalakkan mengembangkan bakat dan potensi diri melalui aktiviti sukan kerana ia mampu menjadi elemen tambahan bagi mereka  melanjutkan pelajaran ke menara gading kelak.- SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan