Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan bentuk belia membina peribadi tinggi : Hamisa

Hamisa bergambar kenangan dengan pasukan yang menjuarai bola tampar daripada Mukim Tanjong Batu.
Hamisa bergambar kenangan dengan pasukan yang menjuarai bola tampar daripada Mukim Tanjong Batu.

TAWAU- Sukan boleh membentuk belia membina peribadi mulia melalui latihan disiplin bersepadu, kata Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Menurut Hamisa, latihan bersepadu merangkumi minda, fizikal dan emosi serta lain-lain faktor samada dalaman atau luaran.

“Kerajaan  melaksanakan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian selaras dengan ungkapan belia untuk masa kini dan berusaha mendekatkan belia melalui aktiviti kemasyarakatan.

“Ia bagi menggarap kemampuan mereka untuk berfikir secara lebih kreatif dan mengasah bakat kepimpinan belia bersama masyarakat dalam pelbagai lapangan supaya mereka dapat menunjukkan daya kepimpinan berkualiti dalam semua aspek,” katanya semasa penutupan Pertandingan Bola Tampar antara Mukim Tanjong Batu di Tawau kelmarin.

Dalam perlawanan itu Mukim Tanjung Batu, Mukim Merotai dan Mukim Kalabakan bertanding dalam acara bola tampar.

Juara keseluruhan pasukan wanita dan lelaki dimenangi pasukan daripada Bola Tampar Mukim Tanjong Batu.-SayangSabah

Hamisa bergambar kenangan dengan Bersama para pemain daripada tiga buah Mukim.
Hamisa bergambar kenangan dengan Bersama para pemain daripada tiga buah Mukim.

Komen


Berita Berkaitan