Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukan air mampu membina jati diri kanak-kanak

Jainab (kanan) diberikan taklimat ringkas mengenai kejohanan Regatta Tentera Laut oleh Commodore Kapten Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin
Jainab (kanan) diberikan taklimat ringkas mengenai kejohanan Regatta Tentera Laut oleh Commodore Kapten Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin

SEPANGGAR – Para ibu bapa disaran supaya menggalakkan anak-anak mereka seawal usia lima tahun dalam aktiviti sukan air khususnya acara perahu layar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pendedahan awal dalam aktiviti sukan air mampu membentuk jati diri kanak-kanak itu menjadi seorang yang berkeyakinan, berdisiplin serta menghargai keindahan dan kebersihan alam sekitar.

“Sukan air merupakan salah satu aktiviti sihat yang perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut Ke-5, di bangunan Navy Yacht Club, Pengkalan TLDM di sini hari ini.

Sebanyak 60 peserta berumur antara lima hingga 15 tahun, mewakili lima persatuan pelayaran bersaing merebut kejuaraan kejohanan tersebut yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Optimist, Int 470 dan Laser.- Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan