Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suka Makan Alat Sulit Harimau Dipenjara 13 Tahun

sulit

China – Seorang ahli perniagaan yang kaya, Xi Pat, yang mempunyai hobi pelik iaitu suka makan alat sulit harimau dan minum darah binatang berkenaan, akhirnya menerima balasan apabila dia dihukum penjara 15 tahun.

14 lagi rakannya dan pemburu haram yang terlibat dalam memburu harimau turut menerima nasib sama.

Amalan makan daging dan minum darah harimau ini dikatakan mampu meningkatkan prestasi seksual lelaki.

Mengikut kertas pertuduhan, Xi Pat bersama 14 yang lain telah melakukan pemburuan sebanyak tiga kali pada tahun lepas di selatan Guangdong.

Mereka dilaporkan membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan harimau berkenaan.

Xi Pat juga didakwa mahukan harimau itu ditangkap hidup-hidup supaya ia boleh dicederakan bagi membolehkan dia minum darah harimau terbabit.

Harimau itu kemudiannya dibunuh dengan menggunakan renjatan sebelum kulitnya dilapah.

Sekurang-kurangnya 10 ekor harimau telah dibunuh bagi tujuan berkenaan.

Serbuan polis ke rumahnya juga menemui beberapa bahagian badan harimau termasuk tulang dan dagingnya dalam peti sejuk.

Komen


Berita Berkaitan