Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SUCCC komited bantu kerajaan tingkat ekonomi negeri

Gan Sau Wah (kiri) menyerahkan momento keahlian kepada Musa Aman dalam majlis angkat sumpah Gabungan Dewan Perniagaan Tiong Hua Sabah (SUCCC). - foto Ille Tugimin.
Gan Sau Wah (kiri) menyerahkan momento keahlian kepada Musa Aman dalam majlis angkat sumpah Gabungan Dewan Perniagaan Tiong Hua Sabah (SUCCC). – foto Ille Tugimin.

KOTA KINABALU – Kerjasama di antara kerajaan dan dewan-dewan perniagaan di Sabah bukan
sahaja boleh membantu meningkatkan ekonomi negeri itu, malah dapat membantu merealisasikan dasar
dan perancangan pembangunan ekonomi kerajaan untuk kebaikan semua.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Musa Aman berkata, hubungan baik kedua-dua pihak itu harus
diteruskan dari masa ke semasa bagi tujuan menggalakan pertumbuhan ekonomi negeri ini dalam tempoh
jangka masa panjang.

“Saya sedar hubungan baik ini amat penting tertuama sekali dalam bidang pembangunan ekonomi negeri.
Saya berharap sokongan padu ini berterusan agar ekonomi kita akan lebih berkembang maju,” katanya
ketia berucap dalam majlis angkat sumpah Gabungan Dewan Perniagaan Tiong Hua Sabah (SUCCC) di
sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,
Datuk Salleh Tun Said.

Musa berkata, beliau yakin gabungan SUCCC hari ini dapat memainkan peranan lebih penting dan
meluas bagi membantu mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara peniaga dan masyarakat Tiong
Hua dengan kerajaan negeri.

Katanya, kestabilan, keamanan dan harmoni merupakan faktor positif dapat memastikan pembangunan
ekonomi negeri ini terus berjalan lancar terutama melalui inisiatif kerajaan iaitu Pembangunan Koridor
Sabah (SDC) dan Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP).

Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri menegaskan, kerajaan memberi jaminan
dan melakukan yang terbaik untuk memastikan keamanan akan terus dikekalkan dan demi kepentingan
rakyat.

Musa Aman menerima cendera kenangan daripada Gan Sau Wah dalam majlis angkat sumpah Gabungan Dewan Perniagaan Tiong Hua Sabah (SUCCC). - foto Ille Tugimin
Musa Aman menerima cendera kenangan daripada Gan Sau Wah dalam majlis angkat sumpah Gabungan Dewan Perniagaan Tiong Hua Sabah (SUCCC). – foto Ille Tugimin

Sementara itu Presiden SUCCC, Datuk Seri Gan Sau Wah turut memuji kerjasama kerajaan negeri
kerana sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat Sabah dengan berusaha membuka peluang-peluang
ekonomi untuk diterokai.

Katanya, melalui polisi ini, SUCCC perlu bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Bumiputera yang lain
agar timbul persaingan sihat bagi memacu ekonomi yang membawa kepada kesejahteraan, keamanaan
dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sabah.

“Matlamat penubuhan Dewan Perniagaan Tiong Hua bukan untuk kepentingan masyarakat Tion Hua
semata-mata, tetapi kami melihat bahawa kami harus bersedia membantu kerajaan melaksanakan dasar
berkaitan pembangunan ekonomi serta menghulurkan apa juga bantuan untuk meningkatkan keselamatan
negara,” ujarnya.

Gan berkata, setakat ini sebanyak 24 buah Dewan Perniagaan Tion Hua terdapat di seluruh Sabah. –
oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan