Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SUBJEK BAHASA KADAZANDUSUN DITERUSKAN DI SK SUNGAI SAPI – PENGARAH PENDIDIKAN SABAH

10968537_10153018527882052_8528923720862316049_n

KOTA KINABALU, 12 Feb : Pengajaran mata pelajaran bahasa Kadazandusun tetap diteruskan di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi di Beluran  dan tidak digantikan dengan bahasa Arab seperti tersebar dalam media sosial, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip.

Beliau berkata JPNS amat kesal dengan penyebaran berita itu dalam media sosial.

Katanya, bahasa Arab mula ditawarkan di sekolah itu pada Januari lalu dan ia merupakan mata pelajaran elektif dan hanya ditawarkan kepada murid Tahun Satu sahaja manakala mata pelajaran bahasa Kadazandusun untuk murid Tahun Dua hingga Tahun Lima.

Sekolah itu mempunyai 102 orang murid dan 29 daripada mereka yang mengambil subjek bahasa Kadazandusun masih meneruskan pembelajaran bahasa itu sejak ia mula diajar pada tahun 2011, katanya dalam sidang media di Wisma Pendidikan di sini hari ini.

Jame berkata seorang guru yang mahir bahasa Kadazandusun akan ditempatkan di sekolah itu sebagai tambahan kepada dua guru bahasa itu yang sedia ada.

“Dua orang guru itu mengakui mereka tidak mahir bahasa Kadazandusun walaupun sudah mengikuti kursus bahasa itu selama dua minggu kerana keduanya adalah dari etnik Dusun Tatana dan Dusun Labuk,” katanya.

Katanya setakat ini terdapat 200 orang guru mahir bahasa Kadazandusun di negeri ini dan jumlah itu masih tidak dapat menampung keperluan guru bahasa berkenaan untuk keseluruhan lebih 17,000 pelajar yang mengambil subjek itu.

Sementara itu, Jame menafikan wujudnya kumpulan yang mengIslamkan pelajar sekolah bukan Islam seperti didakwa berlaku kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut di Papar baru-baru ini.

Beliau berkata keputusan pelajar itu memeluk Islam adalah atas kerelaan pelajar itu sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan