Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sub Stesen milik SESB hampir musnah dalam kebakaran

10:13am 25/06/2016 Leolerry Lajius 56 views Tempatan

KOTA KINABALU: Sub Stesen milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hampir musnah apabila terbabit dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Tun Fuad Stephen,Teluk Likas, semalam.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 10.21 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 8 kilometer itu pada jam 10.31 malam.

Menurut pihak bomba, kebakaran sub stesen milik SESB di Teluk Likas itu melibatkan 75 peratus dari keseluruhan sub stesen.

Pasukan Bomba membuat pemadaman dengan sumber air dari 2 buah jentera FRT dan melakukan operasi pemadaman 2 aliran 4 pancutan air.

Operasi yang melibatkan tiga buah jentera dan seramai 20 anggota itu tamat pada jam 11.54 malam.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan