Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suasana Pilu Selubungi Sambutan Raya Keluarga Pramugari MH17

cabincrewmh17raya

GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) — Sambutan Aidilfitri tahun ini suram dan hambar bagi

keluarga pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Nur Shazana

Mohamed Salleh.

Ibunya, Sharom Ibrahim, 56, berkata keluarga itu tidak beraya tahun ini kerana terlalu sedih dan

masih terkejut dengan pemergian arwah.

Nur Shazana, 31, yang bertugas sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lalu, merupakan

antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang yang terkorban ketika pesawat MH17

terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.

“Tahun ini kami tidak beraya cuma sanak saudara yang akan datang melawat. Saya juga

tak sanggup nak memasak kerana teringat akan pesanan arwah untuk memasak juadah

kesukaannya pada Hari Raya nanti,” kata Sharom ketika ditemui di kediamannya di Bukit

Gedung di sini hari Ahad.

Sharom juga berkata kehilangan arwah amat dirasai keluarga dan adik-beradik kerana arwah

seorang yang ceria, pemurah, suka menolong serta penyayang. “Sekarang yang penting adalah

kami mahu jasad anak kami kembali untuk dikebumikan,” katanya dalam nada sebak.

Bapa Nur Shazana, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, pula berkata anak sulung daripada empat

beradik itu pulang beraya tahun lepas dan beliau tidak menyangka itu merupakan kali terakhir

arwah beraya bersama mereka.

Katanya, sambutan Hari Raya tahun ini pastinya sedih dan majlis tahlil akan diadakan untuk

arwah.

Mohamed Salleh juga berkata keluarganya belum memutuskan di mana arwah akan dikebumi

iaitu sama ada di Tanah Perkuburan Islam Dato Keramat, Sungai Ara atau di Putrajaya.

Komen


Berita Berkaitan