Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SUASANA PANIK DI PEKAN TANJUNG ARU

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ketika kejadian kebakaran dapur di sebuah restoran di pekan Tanjung Aru, tengah malam tadi. Gambar SNT / Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Keheningan Pekan Tanjung Aru terganggu seketika apabila orang ramai terlihat asap tebal keluar dari sebuah restoran yang tidak beroperasi di situ tengah malam tadi.

Keadaan menjadi bertambah riuh apabila beberapa penghuni bilik sewa di atas restoran terbabit keluar berlari menyelamatkan diri beserta dokumen dan barangan peribadi mereka.

Menurut seorang saksi, Abdul Ramizi, 31, dia sedang menunggu pesanan makanan di restoran bersebelahan apabila ternampak asap tebal keluar dari celah bahagian depan kedai yang tutup itu dan terus memaklumkan pelanggan lain.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Kinabalu, Zainuddin Saidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam dan sebaik tiba lima minit kemudian didapati restoran berkenaan sedang terbakar dari bahagian dalam.

Tong gas masak yang terbakar dalam kejadian tengah malam tadi. Gambar SNT / Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam satu pagi, bagaimanapun lebih kurang 30 peratus daripada ruang dapur restoran terbabit musnah terbakar,” katanya ketika dihubungi.

Seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian dengan empat jentera termasuk Water Tanker dan sebuah unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba dan Penyelamat.

Zainuddin menambah, tiada individu dilaporkan cedera akibat kebakaran itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian dan anggaran kerugian. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan