Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suarakan Tuntutan Rakyat Melalui Platform Pemuda BN – Pemuda Gerakan Sabah

tuntutan

KOTA KINABALU: Pemuda Gerakan Sabah meminta sayap Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri itu menyalurkan permintaan dan tuntutan mereka menerusi Pemuda BN Sabah.

Timbalan Ketuanya Chan Tzun Hei berkata langkah itu juga membolehkan tuntutan tersebut dibincang dalam suasana kekeluargaan yang menjadi amalan BN.

“Kewujudan satu saluran baharu yang membelakangkan Pemuda BN boleh melahirkan satu persepsi dan interpretasi kurang tepat oleh masyarakat umum iaitu Pemuda BN boleh dirumuskan sebagai kurang efektif dalam soal pembelaan kepentingan rakyat Sabah.

“Sekiranya kita hendak menyuarakan sesuatu demi kebaikan dan kepentingan rakyat Sabah, Pemuda BN merupakan satu-satunya saluran rasmi yang mesti diguna pakai,” katanya dalam kenyataan Selasa.

Menurut Chan, Pemuda Gerakan juga akan memberi sokongan penuh jika perkara yang dibangkitkan itu demi kebaikan bersama.

Beliau mengulas pengumuman penubuhan Gabungan Pergerakan Pemuda oleh sayap Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Keningau baru-baru ini.

Pada masa yang sama Chan turut menggesa kepimpinan Pemuda BN agar mengadakan perjumpaan yang lebih kerap bagi mengeratkan silaturrahim antara komponen selain berbincang isu-isu berbangkit dan mewujudkan persefahaman.

Komen


Berita Berkaitan