Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami Tikam Isteri Kerana Usik Kelakiannya

tikam isteri

India- Gurauan sepasang suami isteri di dapur akhirnya bertukar menjadi tragedi mengejutkan apabila si suami, Ganpat Vaz, 40, telah menikam isterinya dengan pisau sepanjang lima inci, hanya disebabkan wanita itu mengusik mengenai kelakiannya.

Ketika kejadian, Ganpat sedang memotong timun untuk memasak sayur goreng bersama isterinya, Suman, 38.

Secara tiba-tiba Ganpat kemudiannya mengambil pisau dalam laci dan menikam bahu wanita itu, sebelum melarikan diri.

Suman yang terkejut telah berlari ke rumah jiran mereka bagi mendapatkan bantuan ketika pisau itu masih tertusuk di bahunya.

Nasib baik pisau itu tidak merosakkan arteri penting dan dia juga tidak bertindak mencabut pisau berkenaan.

“Saya tidak percaya dia melakukan perkara ini kerana dia tidak pernah berlaku ganas sebelum ini, malah kami sering bergurau dalam dapur.

“Saya tidak faham apa yang menyebabkan dia marah sangat,’’ kata Suman.

Ganpat telah ditahan dan telah meminta maaf atas perbuatannya itu namun polis akan tetap meneruskan pendakwaan ke atasnya.

Komen


Berita Berkaitan