Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami Tetak Isteri Dan Teman Lelaki Awal Pagi

ditetak

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 19 tahun cedera parah apabila ditetak oleh suami wanita berkenaan dalam kejadian di Jalan Rakyat, Langgar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, suami kepada wanita itu baru sahaja pulang daripada berniaga dan ternampak isterinya bersama dengan lelaki lain dalam rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata suami berusia 29 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.

“Wanita tersebut cedera pada paha kanan akibat terkena senjata tajam dan lekai itu patah kaki dan tangan dan kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya ketika dihubungi.

Nashir berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Suspek ditahan reman sehingga 24 Jun ini bagi membantu siasatan.

Komen


Berita Berkaitan