Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami pukul isteri dipenjara 4 tahun

pukul isteri

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan berumur 34 tahun yang menyebabkan kecederaan kepada isterinya dan mendera secara fizikal anak perempannya berumur empat tahun dihukum penjara sejumlah empat tahun.

Roslan Ab Rakam didapati bersalah oleh Majistret Ryan Sagirann Ryaner terhadap empat dakwaan kepadanya.

Pada setiap kesalahan, Roslan dijatuhkan hukuman setahun penjara tetapi mahkamah memerintah agar dia menjalani hukuman itu serentak.

Sagirann bagaimanapun membenarkan permohonan Roslan melalui peguamnya Datuk Norbert Chin untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi.

Roslan menyerang isterinya berumur 24 tahun dengan memukulnya dengan seutas tali pinggang dan menumbuk pada jam 6.30 oagi pada 11 Julai 2013 di sebuah rumah di Kg Tengah Padang Petagas.

Beliau melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada kesalahan ketiga dan keempat, beliau secara fizikal mendera anak perempuan dengan tali pinggang sama pada hari dan tempat yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak- Kanak 2001 membawa hukuman penjara sehingga 10 than atau denda atau kedua-duanya seklai jika sabit kesalahan.

Lima saksi pendajwaan dan seorang pembelaan meberi keterangan semasa pendengaran.

Timbalan Pendakwaraya Chan Qin Yee bertindak sebagai pendakwa.

Komen


Berita Berkaitan