Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami pukul isteri dihukum penjara 15 bulan

5:13pm 06/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 632 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Mejistret, disini, hari ini kerana telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya.

Tertuduh, Muktadil Jalani, 25 yang dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun mengaku telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 36 tahun di Kg Suang Parai, Menggatal pada jam 10 pagi pada 15 Oktober, tahun lalu.

Bagi kesalahan tersebut, Muktadil dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau tidak yang tidak melebihi RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah menampar muka mangsa sekali dan memukul kepala mangsa sebanyak dua kali. Punca kejadian adalah kerana isterinya ternampak tertuduh menjual papan kayu di bawah rumah mereka dan telah memarahi tertuduh.

Justeru itu, tertuduh yang berang dengan teguran isterinya telah mencederakan mangsa dan turut mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka.

Dalam mitigasi, Muktadil mohon agar hukumannya diringankan dan bermula dari tarikh penangkapan. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan minta agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Mahkamah juga memerintah tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan