Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami Panik Isteri Dikebumikan 2 Tahun Lalu Muncul Semula

5:16pm 26/03/2016 Pak Roshan 6521 views Global

kubur

RABAT – Seorang lelaki Maghribi terkejut besar apabila melihat isterinya yang dipercayai sudah meninggal dunia dua tahun sebelumnya, didapati masih lagi hidup sihat, menurut laporan akhbar tempatan pada Jumaat.

Abragh Mohamed dilaporkan yakin bahawa dia kehilangan isterinya dalam satu nahas jalan raya dua tahun lalu. Akhbar melaporkan, isteri Abragh terlibat dalam kemalangan sewaktu menaiki bas di kawasan lereng gunung.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dibawa ke Hospital Ibn Rochd di Casablanca, namun doktor berkata mangsa mungkin tidak dapat diselamatkan – tetapi keluarganya tetap diarah perlu membayar bil rawatannya.

Apabila Abragh tiba di hospital, dia diberitahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia dan memberitahu akhbar Nuevo Dia: “Saya mengambil jenazah isteri saya yang sudah dikafankan dan dimasukkan di dalam peti keranda.”

Mayat isterinya itu kemudian dikebumikan di daerah rumah mereka pada 2014 lalu, menurut laporan akhbar Independent. Lucunya, baru-baru ini, wanita itu berjaya dijumpai oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya pula.

Al-Mokhtafoun

Mereka kebetulan menonton sebuah rancangan televisyen tempatan, Al-Mokhtafoun, untuk menjejak kembali mana-mana anggota keluarga yang ‘hilang’ di sekitar Maghribi, sebuah negara Arab di utara benua Afrika.

Kisah Abragh turut menggemparkan media sosial di negara tersebut kerana rupa-rupanya jenazah yang selamat dikebumikan dua tahun lalu itu bukanlah isterinya tetapi mencetuskan persoalan baharu, siapakah mayat itu?

Saya tidak tahu bahawa bukan jenazah isteri saya yang dikebumikan itu dan rupa-rupanya beliau masih hidup,” menurut Abragh yang berasal dari Azilal dekat sini ketika mengulas reaksinya apabila ditemui media tempatan.

Kisah viral itu mendapat perhatian di media sosial sehingga ramai netizen mengeluarkan pelbagai teori bagi menjelaskan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku – termasuk Abragh mungkin hilang ingatan waktu itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan