Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami nafi cederakan dan mengugut isteri mengunakan lembing

8:08pm 19/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 39 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengugut isterinya menggunakan lembing.
Bagi pertuduhan pertama, James Joji, 50 didakwa menyebabkan kecederaan kepada isterinya pada jam 5 petang di sebuah rumah tidak bernombor, Duvanson, Putatan pada 3 Januari lepas.
Bagi pertuduhan tersebut, James telah didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau tidak yang tidak melebihi RM 2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan
Manakala, bagi pertuduhan kedua, James didakwa telah mengeluarkan ugutan cedera dengan menghalakan lembing kearah isterinya dan telah berkata ” saya cucuk kau dan kasih mati kamu semua” yang menyebabkan kegentaran kepada mangsa
Pertuduhan kedua, James didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang menbawa peruntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Jessica Ombou Kakayun telah membebaskan tertuduh dengan jaminan sejumlah sebanyak RM 2,000  beserta dua orang penjamin dan kes tersebut akan disebut semula pada 4 Mac depan untuk tunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya berkenaan kes tersebut.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan