Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami minum Dettol, buktikan cinta pada isteri

6:34pm 14/07/2016 Leolerry Lajius 13611 views Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan meminum satu botol kecil cecair jenama Dettol bagi membuktikan cinta terhadap isterinya.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, lelaki berkenaan bertindak meminum cecair berkenaan selepas bergaduh dengan isterinya dalam kejadian yang berlaku di rumah teres,  Taman Indah Permai, di sini.

“Mangsa kemudiannya pengsan dan telah dihantar ke Hospital Likas,oleh pihak polis.”

“Menurut laporan awal yang dikemukan oleh doktor yang merawat mangsa di wad kecemasan Hospital Likas, mangsa dalam keadaan stabil dan boleh pulang ke rumah selepas rawatan,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan