Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami maut, isteri parah dalam nahas di Bongawan

PAPAR: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 28, Jalan Papar-Beaufort, dekat sini pada Sabtu.
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Hilux, Perodua Viva dan Myvi itu berlaku berhampiran Bongawan, jam 1.00 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Geaorge Abd Rakman berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Chong Tseng Kong, 59, manakala isterinya Chong Mui Ken, 56, kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat cedera parah patah tulang rusuk.
“Siasatan awal polis, mangsa bersama isterinya dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke daerah Beaufort,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Menurutnya, semasa di lokasi kejadian, sebuah Toyota Hilux hilang kawalan selepas melanggar belakang Perodua Myvi yang secara tiba-tiba menukar haluan ke lorong kanan.
“Pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu Toyota Hilux hilang kawalan lalu merempuh Perodua Viva yang dinaiki oleh pasangan suami isteri terbabit,” katanya lagi.
Katanya, pemandu pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan, bagaimanapun pemandu dan penumpang Perodua Myvi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sepasukan anggota bomba turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah.

- Gambar Hiasan
– Gambar Hiasan

Komen


Berita Berkaitan