Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami Mati Ditetak, Isteri Memiliki Hubungan Sulit dengan Lelaki Lain

FOTO : Facebook #BESTAWAUfm

 

TAWAU – Seorang lelaki warga asing mati ditetak dalam satu pergaduhan angkara isteri mangsa dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan suspek. Kejadian berlaku di sebuah rumah bernombor W010, Blok 03, Kampung Murai, Ladang Kretam, Kalabakan Tawau, pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 35 tahun mati ditempat kejadian selepas ditetak di bahagian leher menggunakan parang selepas berlaku pergaduhan antara suspek dengan mangsa.

“Semasa pulang dari kerja, kira-kira pukul 11 pagi, mangsa telah mendapati isterinya dan suspek dalam keadaan sedang berdua-duaan di rumah berkenaan”.

“Kesan pergaduhan tersebut, mangsa telah rebah berlumuran darah dan mati di tempat kejadian, sementara suspek melarikan diri melalui pintu belakang rumah ke arah ladang sawit sejauh dua kilometer dari rumah berkenaan.” Katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

ACP Fadil berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya menahan suspek di kawasan ladang sawit dengan jarak sejauh dua kilometer dari tempat kejadian hasil dari bantuan penduduk kampung.

Hasil siasatan, motif kejadian berpunca dari hubungan sulit suspek dengan isteri mangsa. Isteri mangsa berusia 42 tahun telah melarikan diri dan pihak polis masih menjalankan usaha mengesan isteri mangsa bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa telah dihantar ke kamar mayat Hospital Tawau bagi tujuan bedah siasat. Turut dirampas senjata tiga bilah parang berukuran 70, 53 dan 44 sentimeter.

Suspek direman bermula hari ini (05 mei 2018) di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Klasifikasi kes disiasat di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber Facebook #BESTAWAUfm

Komen


Berita Berkaitan