Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami, kekasih cedera parah ditikam isteri

GAMBAR menunjukkan pisau masih tercacak di muka lelaki dan kekasihnya selepas diserang isterinya sendiri. - Agensi
GAMBAR menunjukkan pisau masih tercacak di muka lelaki dan kekasihnya selepas diserang isterinya sendiri. – Agensi

Rio de Janeiro: Seorang isteri yang berang selepas mendapati suaminya berada di atas katil dengan wanita lain bertindak menikam muka pasangan berkenaan dengan pisau.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Brazil dan gambar serta video pasangan berkenaan berlumuran darah dengan pisau masih tercacak di muka dimuat naik di Facebook baru-baru ini.

Pengguna Facebook, Daniel Kemps Kemps yang memuat naik video dan gambar berkenaan berkata, wanita itu berang selepas menangkap suaminya bersama wanita lain di atas katil.

“Lelaki itu ditikam dengan pisau di bahagian muka berhampiran hidungnya manakala kekasihnya pula ditikam di bahagian atas mata,” katanya.

Dalam gambar dan video yang mengerikan itu, menunjukkan pisau masih lagi tercacak di muka pasangan berkenaan.

Pasangan itu juga dilihat masih sedar dan boleh bercakap dengan pasukan perubatan yang merawatnya.

Difahamkan pasangan itu tidak mengalami kecederaan serius walaupun pisau berkenaan terpacak sedalam beberapa sentimeter.

Wanita itu juga ditahan polis untuk siasatan lanjut kerana menyerang suaminya dan kekasih lelaki itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan