Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,711

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami isteri tinggalkan kembar siam

11:10am 17/10/2016 Pak Roshan 1844 views Global
PASANGAN kembar siam yang ditinggalkan ibu bapa mereka di hospital di Dhaka. - MailOnline

PASANGAN kembar siam yang ditinggalkan ibu bapa mereka di hospital di Dhaka. – MailOnline

Dhaka: Sepasang kembar siam yang dilahirkan dengan dua kepala, empat tangan dan dua kaki ditinggalkan oleh ibu bapa mereka di sebuah hospital di sini.

Kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di unit bedah pediatrik Hospital Kolej Perubatan Dhaka awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah hospital, Khaja Abdul Gafur berkata: “Kanak-kanak itu dilahirkan di sebuah klinik yang tidak diketahui di Dhaka sebelum dibawa ke hospital ini.

“Ibu bapa mereka kemudian meninggalkan bayi itu,” katanya.

Penyelia wad kanak-kanak hospital berkenaan, Zillur Rahman berkata, pihaknya kini terpaksa menjaga mereka.

Sementara itu, Nasima Akther, jururawat yang menjaga bayi berkenaan berkata, kembar siam itu tidak boleh bergerak, kencing atau menangis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan