Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami isteri terselamat kereta terbakar

2:39pm 25/01/2016 Pak Roshan 2708 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
KERETA dinaiki pasangan suami isteri yang terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Ladang Sungai Rukuk, Beluran.

KERETA dinaiki pasangan suami isteri yang terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Ladang Sungai Rukuk, Beluran.

BELURAN: Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta dinaiki terbakar sebaik bertembung dengan kenderaan lain berhampiran Ladang Sungai Rukuk, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pasangan berusia lingkungan 30 tahun itu menaiki Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sandakan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Saga dari arah bertentangan.

Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan terbakar, namun mangsa yang cedera ringan sempat keluar menyelamatkan diri, manakala pemandu Proton Saga tidak mengalami kecederaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Asmori Dahhiarsyah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.14 pagi dan menghantar sepasukan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi.

“Sebaik bomba tiba di lokasi, api sudah terkawal, manakala dua mangsa juga selamat dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi. –  BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan