Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami isteri tahan pesawat

SUAMI wanita itu (tengah) cuba berunding dengan kakitangan lapangan terbang. - MailOnline
SUAMI wanita itu (tengah) cuba berunding dengan kakitangan lapangan terbang. – MailOnline

Beijing: Seorang wanita dan suaminya menyebabkan penerbangan sebuah pesawat Air China tergendala selepas mereka memasuki kawasan landasan untuk mendesak dibenarkan menaiki kapal terbang itu.

Pasangan terbabit sebelum itu terlepas menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Beijing pada 14 September lalu menyebabkan kakitangan enggan membenarkan mereka menaiki pesawat ke Shanghai itu, lapor People’s Daily Online.

Ketika dihalang di pintu pagar keselamatan, lelaki itu mula berunding dengan kakitangan untuk dibenarkan menaiki pesawat manakala isterinya dilaporkan menangis selepas dimaklumkan tidak boleh menaiki penerbangan itu kerana terlambat.

Isterinya kemudian terus meluru ke landasan untuk menghalang pesawat berlepas dan berdiri di bawah pesawat dengan bagasinya untuk menghalang pesawat itu bergerak.

Akibatnya, penerbangan terpaksa ditangguhkan 20 minit. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan