Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami Isteri Saman Bank RM1.5 Juta Barangan Hilang Daripada Peti Deposit Selamat

saman bank 1

KUALA LUMPUR– Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari mulai Isnin depan untuk mendengar kes saman hampir RM1.5 juta yang difailkan seorang ahli perniagaan dan isterinya terhadap United Overseas Bank (M) Bhd berhubung kehilangan barangan berharga daripada peti deposit selamat di sebuah cawangan bank itu susulan kejadian pecah masuk pada 2012.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng akan mendengar saman itu yang difailkan Lee Yaw Lin, 46, dan isterinya Choo Yoke Peng, 40, menerusi Messrs Mahendran & Co pada Disember tahun lepas. Bank berkenaan, defendan tunggal dalam kes saman itu, memfailkan pernyataan pembelaannya pada 24 Jan tahun ini.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Lee berkata beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada 22 Okt 2012 bahawa peti deposit selamat mereka di cawangan Leboh Pasar bank itu dipecah masuk dan Lee serta Choo menyatakan mereka terkejut apabila mendapati semua barangan berharga melainkan dokumen hilang daripada peti itu.

Lee dan Choo memperincikan barangan berharga mereka sebagai koleksi vintaj (daripada emas tulen & emas) bernilai RM170,000; koleksi vintaj (daripada jed & fei cui) bernilai RM130,000; koleksi vintaj (jam tangan) bernilai RM75,000; koleksi vintaj (wang kertas & syiling) dengan nilai RM20,000; berlian dengan nilai RM850,000 dan barangan lain bernilai RM235,304.

Pasangan suami isteri itu berkata peguam mereka menghantar surat kepada bank dan memperincikan barangan berharga yang hilang itu dengan nilaiannya dan mengemukakan pertanyaan sama ada bank bersetuju untuk penyelesaian secara damai namun dimaklumkan bahawa bank itu tidak bersedia berbuat demikian.

Dalam pernyataan pembelaannya, bank itu menjelaskan bahawa menyediakan peti deposit selamat adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengenakan bayaran dan bukanlah menjadi tanggungjawab plaintif dalam apa jua cara berhubung sebarang kehilangan atau kerosakan kepada kandungan peti berkenaan.

Ia menyatakan bahawa berdasarkan perjanjiaan sewaan dengan plaintif, bank hanya bertanggungjawab untuk membayar sehingga RM2,500.

Dalam saman mereka, Lee dan Choo menuntut ganti rugi berjumlah RM1,480,514, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Komen


Berita Berkaitan