Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami Isteri Rentung Rumah Terbakar Di Kunak

rentung

KUNAK, 9 Jun (Bernama) — Sepasang suami isteri rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Kunak Jaya di sini awal Isnin.

Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata mayat Jumaidi Sakka, 50-an, dan isterinya Dahati Juma, 50-an, dijumpai di ruang dapur rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi.

“Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi. Selesai memadamkan api, kami menemui kedua-dua mayat suami isteri yang rentung di bahagian dapur rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata ketika kejadian pasangan itu tinggal berdua di rumah. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kunak untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan