Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami isteri muda culik, perkosa gadis 13 tahun

rogol
Gambar Hiasan

 

Ban Chang: Sepasang suami isteri ditangkap kerana bersekongkol dalam penahanan seorang gadis berusia 13 tahun dan adik lelakinya.

Natthapol Kangwanyothakul, 24, dan isterinya, 18, ditangkap di sebuah apartmen di Ban Chang, wilayah Muang Pathum Thani semalam.

Pasangan itu didakwa membawa gadis terbabit dan adik lelakinya yang berusia 12 tahun makan daging babi bakar di sebuah restoran.

Menurut polis, gadis berkenaan dan adiknya diletakkan dalam bilik sebelum dirogol berkali-kali oleh Natthapol dan seorang lelaki lain.

Sebelum itu, ibu bapa mereka sudah membuat aduan berhubung kehilangan mereka sejak 9 Januari lalu tetapi mereka gagal ditemui.

Bagaimanapun, mereka kembali ke rumah pada 12 Januari dan memberitahu apa yang berlaku.

Ketika disoal siasat oleh pihak polis, Natthapol dan isterinya menafikan semua tuduhan berkenaan.

Pasangan suami isteri berkenaan kini ditahan untuk tindakan undang-undang. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan