Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami isteri maut bertembung

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Ranau: Pasangan suami isteri maut manakala rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Paginatan, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.46 petang itu, kedua mangsa berusia 32 dan 35 tahun yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga termasuk satu parah dikejarkan ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.50 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan satu kenderaan Proton Saga Aeroback bertembung dengan pacuan empat roda. Terdapat lima orang mangsa.

“Dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi cedera termasuk satu parah sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat pada jam 7 petang. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan