Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami isteri ditahan miliki dadah bernilai RM130,000

Anggota polis menunjukkan peket dadah jenis syabu yang dirampas dalam kes itu. - foto ihsan IPD Tawau
Anggota polis menunjukkan peket dadah jenis syabu yang dirampas dalam kes itu. – foto ihsan IPD Tawau

TAWAU – Polis Bahagian Narkotik Tawau menahan dua lelaki serta sepasang suami isteri kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 1028.52 gram bernilai RM130,000 dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki yang masing-masing berumur 21 dan 51 tahun itu yang merupakan penganggur, ditahan pada pukul 1.30 petang di dalam kawasan lorong Pasar Gantung, setelah pihak polis menerima hasil maklumat orang awam manakala pasangan suami isteri yang berumur 43 tahun dan beralamat di Jalan Sin Onn itu pula ditahan di Jalan Dunlop, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Awang Besar Dullah berkata, dua lelaki berkenaan bertindak cuba melarikan diri serta membuang satu beg jenama Adidas ketika anggota polis memperkenalkan diri kepada mereka.

“Berlaku pergelutan sebelum kedua-dua suspek berjaya ditahan dengan salah seorang suspek bertindak membuang satu beg berwarna biru yang sedang dipegang di tangan kanan ke arah belakang,’’katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Awang Besar berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati beg berwarna biru yang dibuang itu mengandungi sebanyak 20 peket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih yang dibungkus menggunakan tiga peket plastik lagi.

Kedua-dua lelaki berkenaan yang berasal dari Lahad Datu dan pasangan suami isteri berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala sebuah kereta jenis Nissan Teana 2.5 dari milik salah seorang daripada suspek lelaki itu turut disita kerana dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan