Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami isteri ditahan disyaki miliki dadah

Mohd Zaidi (duduk) menunjukkan 101.6gram dadah jenis syabu hasil tangkapan anggotanya.
Mohd Zaidi (duduk) menunjukkan 101.6gram dadah jenis syabu hasil tangkapan anggotanya.

KOTA BELUD – Polis berjaya menangkap pasangan suami isteri setelah didapati memiliki  dadah jenis syabu seberat 101.6 gram dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di  Kampung Gunding, di sini.

Ketua Polis daerah, Superitendan Mohd. Zaidi Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daedah (IPD) Kota Belud yang diketuai oleh Asisten Superitendan Naijim Diun telah membuat serbuan di rumah kira-kira 8.40 pagi semalam.

Katanya, hasil serbuan di dalam bilik tidur telah menahan dua orang pasangan suami isteri warga tempatan yang masing-masing berumur, 23 dan 20 tahun itu.

Menurut Zaidi, hasil pemeriksaan itu polis telah menjumpai 11 pekat plastik lutsinar pelbagai saiz yang disyaki dadah jenis syabu anggaran berat kasar 9.0gram

Pemeriksaan lanjut katanya, sejumlah enam pekat plasti lutsinar bersaiz sederhana disyaki  dadah jenis syabu turut ditemui dianggarkan berat kasar 92.6 gram, di dalam booth kereta yang diletakkan di sebelah rumah suspek.

Zaidi berkata, pasangan suami isteri berkenaan telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Kota Belud seterusnya ditahan reman mengikut seksyen 117 KPJ untuk siasatan selanjutnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan