Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami isteri dalang pecah rumah

ALAT PECAH RUMAH.... M.Chandra menunjukkan barangan yang dirampas daripada tiga suspek termasuk peralatan pecah rumah.
ALAT PECAH RUMAH…. M.Chandra menunjukkan barangan yang dirampas daripada tiga suspek termasuk peralatan pecah rumah. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Polis daerah percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku sekitar Februari tahun ini selepas menahan tiga orang suspek dalam dua serbuan berasingan.

Ketiga-tiga suspek termasuk pasangan suami isteri berumur antara 18 hingga 34 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Geng Sky’ mengaku terlibat dengan enam kes pecah rumah lain sejak awal tahun ini yang melibatkan kerugian RM34,000.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, tangkapan itu susulan daripada laporan seorang pengadu yang mendakwa rumahnya yang terletak di Blok B, Bambangan Apartment, Inanam telah dipecah masuk pencuri.

“Dalam kejadian jam 6 petang itu, semasa pengadu balik dari tempat kerja, dia terdengar bunyi seperti seseorang sedang berada di dalam rumahnya,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah di Karamunsing di sini hari ini.

“Mangsa cuba membuka pintu namun ia berkunci dari dalam rumah, kemudian terpaksa bertindak memecahkan pintu rumahnya sebelum terlihat seseorang cuba melarikan diri melalui siling rumah dan cuba mengejar pencuri itu namun gagal,” katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu sebuah rumah di Blok C apartment tersebut dan menahan seorang wanita tempatan berumur 18 tahun pada jam 8 malam hari yang sama.

“Semasa hendak ditahan, wanita itu telah membuang empat buah beg dari dalam rumahnya tetapi sempat dilihat oleh anggota polis. Pemeriksaan mendapati beg tersebut adalah milik pengadu berkenaan,” katanya lagi.

Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan suami wanita itu yang digelar dengan nama ‘Sky’ dan seorang lagi lelaki  dalam serbuan di Kampung Kalansanan, Inanam kira-kira jam 11.15 malam pada 20 Mac.

Dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barangan yang disyaki dicuri bernilai RM15,000.

Semua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjit mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan