Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suami Gaduh Dengan Isteri Tinggalkan Pesawat Ketika Transit

flight

PATNA – Seorang penumpang penerbangan IndiGo keluar dari pesawat yang sedang transit di sini selepas dikatakan bertengkar dengan isterinya, petang semalam.

Mudit Sharma adalah antara enam penumpang yang dalam penerbangan dari Goa ke Lucknow melalui Kolkata dengan menaiki penerbangan domestik IndiGo 6E-633.

Kejadian itu disedari apabila isteri Sharma panik dan menjerit di dalam pesawat selepas menyedari suaminya hilang ketika pesawat bersedia untuk berlepas.

Usaha pihak berkuasa lapangan terbang tempatan itu mengesan Sharma menyebabkan penerbangan tertangguh hampir 30 minit.

Beliau juga tidak menjawab panggilan ke telefon bimbitnya. Pesawat India itu akhirnya berlepas ke Lucknow pada pukul 9.10 malam tanpa Sharma.

Seorang penumpang lain dikenali sebagai Gyaneshawar mencatatkan dalam Facebooknya bahawa Sharma keluar dari pesawat dan meninggalkan isterinya. –Agensi/BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan