Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami didakwa cederakan isteri

2:46pm 12/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 264 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan telah didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, Sabdalih Nahul, 36 telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Tobur Rampayan, Menggatal, pada jam 6.20 petang pada 9 November, tahun lalu.

Manakala pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya pada 31 Disember, tahun lalu di tepi jalan depan SM Shan Tao, pada jam 4.30 petang.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Sabdalih telah didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau tidak yang tidak melebihi RM 2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Walaubagaimanapun, tiada pengakuan bersalah direkodkan pada hari ini.

Pendaftar Mahkamah Rendah Rita Kunsoi membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM 1,500 serta dua orang penjamin tempatan serta menetapkan tarikh 18 Febuari, depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan