Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami dajal

9:53am 03/12/2015 Pak Roshan 1927 views Global
BUNGKUSAN heroin yang ditemui dalam pakaian Nazreen.

BUNGKUSAN heroin yang ditemui dalam pakaian Nazreen.

London: Seorang lelaki keturunan Pakistan menggunakan isterinya sebagai keldai dadah dengan menjahit heroin pada pakaiannya tanpa pengetahuan wanita itu.

Dadah seberat 3.5 kilogram yang bernilai hampir RM3 bilion itu ditemui dalam beg pakaian Nazreen Anwar di Lapangan Terbang Heathrow selepas suaminya Anwar Choundry menjahitnya pada lapan bajunya.

Kes itu terbongkar Jun lalu selepas Nazreen tiba dari Islamabad, Pakistan.

Anwar, 31, mengaku bersalah selepas dibicarakan di Mahkamah Isleworth kelmarin dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana perbuatannya itu.

Ketika memberi keterangan kepada mahkamah, pegawai penyiasat Siobhan Micklethwaite berkata: “Anwar dengan senang hati sanngup membiarkan isterinya berdepan dengan bahaya.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan