Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,716

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami cederakan isteri dihukum penjara dan didenda

3:46pm 08/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 224 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dihukum penjara selama 12 bulan bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada isterinya.
Majistret Jessica Ombou Kakayun juga telah mengenakan denda sebanyak RM 2,000 atau dua bulan penjara kepada tertuduh.

Kubatun Nur, 49 telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Taman Makmur, Luyang pada jam 1 petang pada 4 November 2015.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh juga dihukum dibawah Seksyen 326 A Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh masa yang boleh sampai setahun atau denda sehingga RM 2,000 atu kedua-duanya sekali.
Menurut fakta kes, mangsa telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian tersebut pada hari yang sama. Hasil siasatan mendapati bahawa punca kejadian adalah kerana anak tertuduh menangis. Tertuduh marah dan terus memukul isterinya di betis sebelah kiri dan badan berkali-kali menggunakan tangan.
Dalam mitigasi, Kubatun meminta agar hukumannya diringankan dan dikira dari tarikh penangkapan.
Pendakwaan dilakukan oleh ASP Jakariya Jupakkal. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan