Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Strike Team (ST) IPD Tawau “Membantai’ Penjenayah Tanpa Gentar

8:00pm 06/03/2017 Pak Roshan 7242 views Jenayah,Mutakhir

Tawau, 06 mac 2016 – Pasukan Strike Team (ST) IPD Tawau yang diilhamkan penubuhannya oleh Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Bin Hj Marsus #fadilfireblade terus meningkatkan serbuan dan tangkapan keatas penjenayah tanpa mengira masa dan jenis jenayah yang mereka lakukan.

Dalam serbuan awal pagi tadi, pasukan (ST) telah membuat serbuan dan menangkap (1) lelaki warga asing di Kg Ice Box Tawau. Turut dirampas daripada lelaki tersebut ialah (1) beg sandang hitam mengandungi beberapa paket plastik berisi kandungan disyaki dadah jenis ‘syabu’. Lelaki tersebut dipercayai ‘Pusher dadah’ yang menjadi pembekal dadah kepada penagih – penagih dikawasan sekitar.

Dalam serbuan berasingan di kawasan yang sama, pasukan (ST) turut menangkap (1) lelaki kerana sewaktu pemeriksaan hendak dijalankan lelaki tersebut cuba melawan menggunakan sebilah parang. Walau bagaimanapun dengan kecekapan anggota (ST), lelaki tersebut berjaya ditangkap tanpa melibatkan sebarang kecederaan. (1) lelaki berumur (17) tahun (tiada dokumen) turut ditangkap kerana memiliki senjata pisau sewaktu pemeriksaan dijalankan.

Pihak Polis IPD Tawau mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat. Pihak Polis menyeru semua pihak agar bersama – sama berganding bahu dengan pihak Polis dalam memerangi dadah dan jenayah. Semoga dengan kerjasama seperti ini dapat menjadikan daerah Tawau sebagai daerah yang aman dan sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenayah boleh disalurkan di inbox laman Polis Daerah Tawau, hotline IPD Tawau 089-772121 atau terus ke balai-balai yang berdekatan.

‘POLIS DAN MASYARAKAT KE ARAH TAWAU SEJAHTERA.’

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan