Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Strategi utama dilaksana stabilkan perbelanjaan negeri

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah penjimatan dalam usaha mengukuhkan perbelanjaan negeri selain memastikan pertumbuhan ekonomi dan kewangan negeri terus kekal stabil.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, tindakan proaktif itu perlu segera diambil dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negeri sekarang terus berjalan lancar meskipun berdepan iklim ekonomi global tidak menentu pada masa ini ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

“Kerajaan negeri menyedari senario dan isu ekonomi global masa kini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, terutama membabitkan trend harga minyak yang jatuh ke paras 50 peratus, sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan negara dan keadaan ini turut memberi kesan terhadap ekonomi dan kewangan Sabah.

“Dalam konteks negeri ini, trend minyak sawit memberikan kesan ke atas pendapatan negeri yang mana royalti minyak Petroleum menymbang 28 peratus kepada pendapatan negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Musa menjelaskan, sekiranya harga minyak masa kini dan keadaan ekonomi global bertambah teruk, dijangkakan kira kira 25 peratus daripada pendapatan kerajaan negeri tahun ini yang dianggarkan berjumlah RM3.862 billion sukar untuk dicapai.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, garis panduan bagi perbelanjaan berhemah akan dikeluarkan menerusi pekeliling daripada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Katanya, langkah itu termasuk menghadkan perjalanan di dalam dan luar negara dalam kalangan pegawai kerajaan, membekukan penerbangan secara berkumpulan dalam negara, penganjuran acara di luar pejabat serta penggunaan khidmat pengurusan.

“Kita juga akan mengamalkan amalan yang diatur dalam Strategi Lautan Biro (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan kemudahan di premis-premis kerajaan, kementerian serta diperingkat jabatan bagi acara penganjuran kecuali diperingkat negeri.

Beliau berkata, usaha bagi mengurangkan perbelanjaan termasuk meminimumkan kos utiliti, membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat, menggunakan sepenuhnya kemudahan di pejabat bagi mengurangkan sewaan premis luar dan menghadkan penyediaan yang banyak semasa penganjuran persidangan, seminar, pameran, mesyuarat dan kursus.

“Bagi memastikan kita meneruskan momentum pembangunan negeri ini, peruntukkan yang ditetapkan dalam Bajet Pembangunan 2015 akan dikekalkan. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan menyemak kesemua kos projek pembangunan yang belum dilaksanakan, khusus melibatkan jumlah peruntukan yang besar,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan